Strategi penjelasan dalam permohonan maaf bahasa Melayu dan Jepun: satu perbandingan antara budaya

  • NORMAH AHMAD
  • NOR HASHIMAH JALALUDDIN
  • MOHAMMAD FADZELI JAAFAR
Keywords: strategi penjelasan, permohonan maaf, budaya Melayu, budaya Jepun

Abstract

Kajian ini cuba membandingkan penggunaan strategi penjelasan dalam permohonan maaf bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Kajian ini menggunakan interaksi permohonan maaf yang dikutip daripada empat buah drama bersiri Melayu dan empat buah drama bersiri Jepun yang disiarkan di televisyen antara tahun 2008 dan 2010. Walaupun kedua-dua budaya ini menitikberatkan aspek kesopanan dalam merealisasikan permohonan maaf, tetapi cara bagaimana permohonan maaf itu dimanifestasikan adalah berbeza dan mencerminkan sifat budaya masing-masing. Hasil kajian mendapati orang Melayu lebih banyak menggunakan strategi penjelasan apabila memohon maaf berbanding orang Jepun. Penjelasan yang dilakukan oleh orang Melayu juga didapati lebih panjang serta lebih kreatif. Sebaliknya orang Jepun cenderung memberikan penjelasan yang ringkas, dan selebihnya akan hanya mengungkapkan ekspresi “maaf”.

Published
2012-06-01