ANALISIS PERBUALAN PELAJAR DARI TUJUH NEGARA DI SEKOLAH ST PATRICK LIMERICK, IRELAND

  • SITI NUR ALIAA ROSLAN
Keywords: perbualan, komunikasi, bahasa, pengaruh, budaya, minat

Abstract

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar dari satu Kelas 6 di St Patrick School, Limerick Ireland. Subjek terdiri dari pelajar lelaki yang berasal dari negara Poland, Malaysia, Ireland, Italy, Portugal, Greece dan Bosnia. Bahasa perantaraan semasa perbualan adalah bahasa Inggeris yang mempunyai pengaruh kuat dari negara asal pelajar tersebut. Bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa kedua atau ketiga bagi pelajar tersebut dan komunikasi di antara mereka agak sukar difahami pada peringkat awal. Kajian mengambil masa selama empat minggu setiap hari selama 2 jam waktu rehat dan waktu bermain. Perbualan mereka dirakam dan dianalisis bagi tujuan kajian ini. Keputusan kajian ini mendapati bahawa walaupun pelajar mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza namun mereka dapat berbual dengan baik dan memahami
akan apa yang dibualkan.

Published
2012-06-01