KAEDAH IsSAM SATU INOVASI DALAM P&P BAHASA MELAYU

  • NOOR ZILA MD. YUSUF
  • AMIR BIN JUHARI
Keywords: kaedah IsSAM, kemahiran mengolah karangan, pendekatan proses, ujian pra dan pos.

Abstract

Kemahiran mengolah dan menghurai isi karangan terutama dalam kalangan murid GALUS (gagal dan lulus) sangat kurang diberi perhatian oleh guru-guru. Bagi murid-murid GALUS, mereka masih belum menguasai kemahiran mengolah isi karangan kerana beberapa faktor. Antaranya kurang idea, tahap penguasaan bahasa yang sangat lemah, kosa kata yang terhad dan tabiat membaca yang rendah. Akibatnya karangan yang dihasilkan oleh murid terlalu pendek, isi tidak jelas dan isi pokok tidak dihurai dengan baik. Kaedah IsSam diperkenalkan bertujuan meningkatkan kemahiran mencari dan mengolah isi karangan dalam kalangan murid GALUS. Satu kajian tindakan telah dilaksanakan untuk menguji keberkesanan Kaedah IsSam. Sepanjang kajian, pengkaji telah menjalankan sesi pengajaran menggunakan pendekatan proses, melaksanakan ujian pra, mengadakan tiga sesi pengajaran menggunakan Kaedah IsSam dan mengadakan ujian pos. Pengkaji juga telah membuat perbandingan keputusan ujian pos dan ujian pra untuk melihat keberkesanan penggunaan Kaedah IsSam. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pos berbanding pencapaian dalam ujian pra. Pengkaji juga mencadangkan agar kajian lanjut terhadap penggunaan Kaedah IsSam meliputi skop yang lebih luas dan menyeluruh dapat dijalankan supaya boleh digeneralisasikan

Published
2012-06-01