“bersama” DAN “bersama-sama dengan”: ANALISIS SOSIOKOGNITIF
Keywords:
kata kerja tak transitif, kesalahan struktur ayat, nahu preskriptif, sosiokognitifAbstract
Dalam hal yang berkaitan dengan pengajaran bahasa Melayu di sekolah, ia sangat berfokus kepada nahu preskriptif, iaitu Tatatabahasa Dewan. Hal ini adalah kerana Tatabahasa Dewan memberikan panduan kepada remaja agar dapat menguasai struktur ayat dengan baik melalui beberapa peraturan yang ditetapkan. Pelanggaran terhadap rumus-rumus yang telah ditetapkan ini akan dianggap salah, sekaligus memperlihatkan kelemahan tahap penguasaan bahasa Melayu remaja. Berdasarkan ujian karangan bahasa Melayu yang diberikan kepada 1,523 orang remaja tingkatan empat dari beberapa zon dan negeri terpilih di seluruh Malaysia, kajian mendapati bahawa 25.9% (377) remaja hanya dapat menguasai struktur ayat bahasa Melayu pada tahap sederhana, manakala 2.5% (35) remaja lainnya masih tidak mampu menguasainya dengan baik. Berhubung dengan kesalahan struktur ayat, kajian mendapati bahawa kesalahan terhadap penggunaan kata kerja tak transitif “bersama” dan “bersamasama dengan” adalah bersifat tekal (consistant). Oleh yang demikian, kajian ini akan cuba
mengenalpasti dan menghuraikan kesalahan tersebut, yang dianggap melanggar peraturan nahu pegangan/nahu preskriptif melalui analisis sosiokognitif. Analisis ini dibandingkan pula dengan data korpus bahasa Melayu untuk melihat kesahihan sesalahan tersebut. Hasil dapatan menunjukkan bahawa remaja tidak melakukan kesalahan dengan sewenang-wenangnya, seperti yang didakwa oleh Tatabahasa Dewan.

