MAKNA DAN PADANAN ENTRI ‘MEMBUAT’ DALAM KAMUS DWIBAHASA MELAYU-INGGERIS: SATU APLIKASI FRAME SEMANTICS

Authors

  • INTAN SAFINAZ ZAINUDIN
  • NOR HASHIMAH JALALUDDIN
  • IMRAN HO ABDULLAH

Keywords:

frame semantics, ranah makna, sensa makna, FrameNet, padanan

Abstract

Di Malaysia, kajian ke atas kamus dwibahasa oleh pengkaji tempatan kebanyakannya tertumpu kepada masalah padanan sahaja (Noresah dan Fadilah, 2003) dan Fadilah (2005). Artikel ini menawarkan kajian linguistik untuk mengendalikan masalah pembahagian sensa makna dan padanan untuk entri 'membuat'
dari dua kamus dwibahasa Melayu-Inggeris iaitu kamus Intelek Malay-English Dictionary (IMED) dan Kamus Perwira Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris (KPBMBI) . Entri 'membuat' dari dua kamus dwibahasa tersebut didapati tidak lengkap pembahagian maknanya apabila dibandingkan dengan kamus rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4). Untuk mengendalikan permasalahan pembahagian sensa makna, teori frame semantics dipilih dan diterapkan dalam analisis linguistik berdasarkan data korpus DBP-UKM yang mengandungi 5 juta patah perkataan bahasa Melayu. Analisis frame semantics mengenal pasti makna ranah berdasarkan bukti korpus bersama maklumat valensi yang membezakan ranah-ranah tersebut. Apabila ranah-ranah untuk kata 'membuat' dikenal pasti, setiap ranah tersebut dipetakan dengan ranah bahasa Inggeris dari FrameNet. Pemetaan ranah bahasa Melayu dan ranah bahasa Inggeris dari FrameNet membawa kepada padanan bahasa Inggeris yang sesuai untuk entri kamus yang akan dicadangkan. Kajian ini seterusnya menawarkan entri kamus 'membuat' yang lebih tersusun dan mantap dari segi penyusunan makna dan padanan bahasa Inggeris yang lebih sesuai. Kajian yang dibincangkan ini menunjukkan aplikasi frame semantics berjaya menyusun semula sensa kata „membuat? bersama padanan bahasa Inggeris yang sesuai.

Downloads

Published

2011-12-01