KATA KERJA SEMELFACTIVES DALAM BAHASA MELAYU: SATU ANALISIS AKTIONSART
Keywords:
kata kerja semelfactives; teori Role and Reference Grammar; analisis aktionsartAbstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan isu-isu yang terdapat dalam kata kerja semelfactives serta mengelaskan kata kerja semelfactives yang terdapat dalam bahasa Melayu. Semelfactives merupakan lakuan yang boleh berulang-ulang dan tidak mempunyai perubahan keadaan, oleh sebab itu ianya tidak mempunyai titik penamat. Namun begitu, terdapat banyak persoalan yang timbul dari kata kerja semelfactives ini. Hal ini kerana, Susan (2004) berpendapat semelfactives mempunyai titik penamat. Penelitian terhadap kata kerja semelfactives akan berdasarkan teori Role and Reference Grammar oleh Van Valin (2005) dan pendekatan Susan Rothstein (2004). Dalam teori Role and Reference Grammar (RRG) fitur bagi kata kerja semelfactives ialah [- titik penamat] [+ tepat masa] manakala pendekatan digunakan oleh Susan Rothstein (2004) ialah [+titik penamat] [- tepat masa] yang bermakna semelfactives mempunyai titik penamat, boleh muncul dengan sesuatu peristiwa yang belum selesai (imperfective paradox), merupakan peristiwa tunggal, mempunyai interval predicates yang muncul dalam progresif dan boleh muncul dalam peristiwa lanjutan iaitu ianya seakan-akan aktiviti. Kertas kerja ini juga mencadangkan bahawa kata kerja semelfactives terbahagi kepada dua iaitu kata kerja semelfactives asli dan penggunaan kata kerja semelfactives dalam kata kerja aktiviti bahasa Melayu. Berdasarkan gabungan teori Role and Reference Grammar oleh Van Valin (2005) dan pendekatan Susan Rothstein (2004) ini, kata kerja semelfactives dalam bahasa Melayu dikaji. Data kajian ini diperoleh daripada data korpus bahasa Melayu.

