Pelestarian Kaedah Lapangan: Penerapan Terhadap Kajian Geo Dialek

  • Harishon Radzi
  • Zaharani Ahmad
  • Nor Hashimah Jalaluddin
Keywords: dialek, kaedah lapangan, penyebaran leksikal, isoglos, GIS

Abstract

Sesuatu penyelidikan perlu dilakukan secara ilmiah, iaitu bersistematik, empiris dan kritis. Justeru penyelidikan bahasa yang dilakukan dengan mengguna pakai beberapa syarat dinyatakan itu mampu menjadikan kajian bahasa atau dialek berada pada satu tahap yang saintifik, Fenomena ini jauh lebih baik dan dapat dilestari sekiranya mengabung jalinkan teknologi khusus yang
melibatkan bidang yang berbeza. Di Malaysia kajian semakin pesat berkembang dan menarik ekoran penglibatan penggunaan alatan berteknologi yang pada satu ketika hanya diguna pakai dalam bidang tertentu sahaja. Sebelum ini, kebanyakan kajian dialek di Malaysia menggunakan kaedah tradisional secara melakarkan sempadan dialek atau isoglos. Kaedah lakaran adalah tidak bersesuaian dengan kajian saintifik kerana hasil lakarannya membentuk lakaran yang tidak jelas dan kabur. Teknologi moden terkini melibatkan pendekatan interdisiplin geografi dan linguistik dan menjadi penyelesaian kepada masalah penyelidikan geo dialek. Pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah lapangan di beberapa daerah di Perak yang secara geografinya bersempadan dengan Kedah di sebelah barat laut, bersempadan dengan Thailand di sebelah utara dan Kelantan di timur utara telah mencampurkan dialek-dialek bahasa Melayu, terutamanya di bahagian utara Data tersebut kemudiannya ditranskripsi dan dianalisis menggunakan komputer yang bersistemkan GIS (Geographic Information System) yang berkemampuan menggunakan maklumat data ruang yang besar, menganalisis dan menghasilkan peta kartografik yang lebih tepat dalam menanda isoglos variasi bahasa dan penyebaran taburan leksikal yang lebih baik. Secara tidak langsung, pengkajian dialek menjadi lebih terkini dan sistematik Secara tidak langsung, makalah. ini memaparkan kaedah lapangan yang mengaplikasi alatan berteknologi dalam penyelidikan bahasa sehingga mampu melestarikan penyelidikan geo dialek, khususnya di Perak terus mampan dan terkini.

Published
2015-06-01