REKONSTRUKSI DALAMAN DIALEK HULU PAHANG PURBA (DHPP)

Authors

  • MOHD TARMIZI HASRAH
  • RAHIM AMAN
  • SHAHIDI A. H

Keywords:

Dialek Hulu Pahang Purba, rekonstruksi, inovasi dan retensi

Abstract

Makalah ini merupakan suatu usaha merekonstruksi bentuk purba salah satu dialek yang diandaikan wujud di salah satu kawasan di Semenanjung pada suatu ketika dahulu, iaitu yang digelar dalam makalah ini sebagai Dialek Hulu Pahang Purba (DHPP). Usaha rekonstruksi dialek purba ini dijalankan dengan menggunakan kaedah perbandingan kualitatif melalui pembinaan perangkat kesepadanan bunyi. Perbandingan ini menyerlahkan dapatan utama kajian, iaitu penentuan fonem dialek purba tersebut dan mengesan ciri inovasi dan retensi yang berguna untuk tujuan klasifikasi. Lima buah varian di Hulu Pahang dijadikan dasar kepada perbandingan ialah varian Serau (SR), Beralas (BRS), Kuala Kenong (KK), Tanjung Bungor (TGB) dan Benta (BNT). Berasaskan linguistik perbandingan sejarawi, maka kajian ini telah merekonstruksi DHPP dengan memanfaatkan data dialek-dialek atau varian-varian yang dituturkan pada masa kini bagi menyingkapi keadaannya pada masa dahulu. Hasilnya terbukti bahawa DHPP memiliki 18 buah konsonan dan 4 buah vokal. Hasil ini memperlihatkan bahawa berlakunya inovasi dalam konsonan, dan retensi vokal DHPP; DHPP memperlihatkan pengurangan sebuah konsonan daripada Melayik Purba (MP) (inovasi), dan vokal DHPP tetap mempertahankan vokal MP (retensi).

Downloads

Published

2011-12-01