CIRI LEKSIKAL DIALEK KANAQ

  • Mohd Sharifudin Yusop
Keywords: suku Kanaq, orang Laut, dialek Kanaq, ciri fonetik, ciri leksikal.

Abstract

Nama rasmi yang digunakan Jabatan Kemajuan Orang Asli - JAKOA bagi suku kaum Asli ini ialah orang Kanaq. Hunt (1952) menggunakan ejaan Orang Kanaq secara konsisten. Carey (1976) pula menggunakan istilah orang Kanak, manakala Omar Abdul (1978) menggunakan istilah Kanaq [kanaq]. Selain itu Sopher (1965) menggunakan istilah ‘Sekanak’ bagi merujuk satu suku Laut yang tinggal di Kepulauan Riau. Kajian yang dijalankan secara etnografi ini bertujuan mendokumentasi dialek Kanaq (DK) dan menjelaskan ciri leksikalnya. Kaedah-kaedah pemerhatian, temubual, rakaman, dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data leksikal mereka. Kajian ini penting kerana DK tidak pernah didokumentasi sebelum ini dan berdasarkan bilangan penutur seramai 82 sahaja, status dialek ini amat kritikal. Hasil kajian mendapati bahawa DK adalah variasi bahasa Melayu (BM) dan kini, pengaruh bahasa Melayu standard yang semakin menular itu telah menyebabkan kosa kata DK menjadi arkaik dan mengalami pengusangan.

Published
2011-06-01