PENGARUH BAHASA IBUNDA DALAM BAHAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

  • S. Vijayaletchumy
  • Noor Aina Dani
  • Abdul Rashid Daing Melebek
  • Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
Keywords: Bahasa Ibunda, Terjemahan, Bahasa Inggeris

Abstract

Falsafah, matlamat, dan objektif sistem pendidikan adalah berteras dan berlandaskan polisipolisi yang terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 dan Akta Pelajaran 1961. Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah-sekolah Cina dan Tamil diberi kemudahan mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di samping memberi peluang mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Dasar ini telah membuka peluang kepada kaum bukan bumiputera mempelajari bahasa ibunda tanpa sebarang sekatan. Pembelajaran bahasa ibunda bukan sahaja dipelajari pada peringkat asas, malah sampai ke peringkat universiti. Hasil kajian ini adalah penting khasnya dalam pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Pihak Kementerian Pendidikan, Institut Terjemahan, dan Kementerian Pengajian Tinggi memainkan peranan penting dalam menghasilkan bahan penterjemahan yang bermutu.

Published
2011-06-01