GANGGUAN DALAM SESI BERCERITA KANAK-KANAK ASPERGER
Abstract
Sindrom Asperger adalah salah satu gejala autisme di mana individu yang mempunyai sindrom ini memiliki kesulitan dalam berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya dan biasanya tidak diterima oleh masyarakat sekeliling. Kajian ini melibatkan 10 kanak-kanak sindrom Asperger berumur di antara 7 hingga 9 tahun di sebuah sekolah di Nottingham, United Kingdom. Kanak-kanak ini ditempatkan di satu keals dan diasingkan dari kanak-kanak normal supaya mereka dapat belajar dengan selesa. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis gangguan semasa sesi bercerita dalam kalangan kanak-kanak Asperger. Dapatan kajian dapati bahawa terdapat tiga jenis gangguan iaitu gangguan persekitaran, peristiwa dan cerita. Adalah diharapkan kajian ini diharapkan dapat membantu guru, ibu bapa dan masyarakat dalam memahami kanak-kanak sindrom Aspeger yang kerap mengalami gangguan dalam proses pembelajaran.


