Deskripsi Vokal Bahasa Melanau di Hilir Sungai Rejang, Sarawak

  • Chong Shin
  • Remmy Anak Gedat
Keywords: Melanau, Rejang, Vokal, Alofon.

Abstract

Makalah ini membincangkan aspek vokal tiga varian Melanau di Sungai Rejang, iaitu varian dari Kampung Rejang, Kampung Tengah Igan dan Kampung Banyuk. Hasil analisis data mendapati bahawa ketiga-tiga varian ini mengandungi empat vokal, iaitu i, u, ə dan a. Di antaranya, vokal i dan u masing-masing memiliki alofon tersendiri, bergantung kepada variasi dan konsonan yang mengikutinya (pada posisi akhir kata). Secara ringkas: (1) di Kampung Tengah Igan, i wujud sebagai alofon e / _#k, u sebagai o/_ ( ø, k,  , R) dan u sebagai u/_t, n # ; (2) di Kampung Rejang, i sebagai i atau e /_ # , pada masa yang sama i juga sebagai i /_ (t, k, n, ŋ, h, s)# dan u sebagai o atau u / _  , , t, k#; dan, (3) di Kampung Banyuk, i sebagai i /,, p, t, s # dan u sebagai u/_, n, ,t #.

Published
2011-03-01