Fonologi Kata Pinjaman Sanskrit dan Teori Optimaliti

  • Zaharani Ahmad
  • Nor Hashimah Jalaluddin
  • Nor Faizah Muhamad Mislani
Keywords: kekangan, penyahaspirasian, penggeluncuran, pemplosifan, pendepanan

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan dan menjelaskan perilaku fonologi kata pinjaman Sanskrit yang diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini
menggunakan data sekunder yang dipetik daripada Maxwell (1907) dan Khalid (1978), dan dianalisis dengan menggunakan teori optimaliti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam fenomena fonologi telah berlaku, iaitu proses penyahaspirasian, penyisipan vokal, penggeluncuran, pemplosifan, pendepanan dan asimilasi nasal. Kesemua perubahan ini didorong oleh kekangan kebertandaan yang berkaitan dengan inventori fonem dan struktur suku kata bahasa Melayu yang berbeza dengan bahasa Sanskrit. Antara kekangan kebertandaan yang terlibat adalah */+asp/, *v, *[w, *, *LEKSIKAL SAMA, *ONSKOMP dan SYARAT KODA. Kesan daripada keperluan untuk mematuhi kekangan kebertandaan ini adalah pengingkaran kekangan kesetiaan yang terdiri daripada MAKS-K, DEP-V, INTEGRITI, IDENT-IO(Asp), IDENTIO(Son), IDENT-IO(Kont), dan IDENT-IO(Daerah). Dalam hierarki tatatingkat kekangan, kekangan kebertandaan adalah lebih dominan dan diletakkan lebih tinggi daripada kekangan kesetiaan. Tatatingkat kekangan bagi sistem nahu kata pinjaman Sanskrit adalah */+asp/, *v, *[w, *, *LEKSIKAL SAMA, *ONSKOMP >> SYARAT KODA >> MAKS-K >> DEP-V >> INTEGRITI >> IDENT-IO(Asp) >> IDENTIO(Kont) >> IDENT-IO (Son) >> IDENT-IO (Daerah).

Published
2011-03-01