Analisis Struktur Makro dan Mikro Kemahiran Bercerita dalam Kalangan KanakKanak Melayu Berumur 5 dan 6 Tahun

  • Rogayah A Razak
  • Chan Chiew Eim
  • Lim Hui WoanLim Hui Woan
  • Mohd Azmarul A Aziz

Abstract

Kanak-kanak menggunakan pelbagai bentuk naratif di dalam kehidupan seharian mereka sama ada di rumah mahupun di sekolah. Makalah ini akan menghuraikan kemahiran naratif 24 orang kanak-kanak Melayu berumur 5 tahun dan 6 tahun. Aktiviti yang dijalankan adalah penceritaan semula kisah „Lumba Lari di antara Kura-kura dan Arnab‟ berdasarkan buku cerita bergambar. Analisis tertumpu kepada aspek makrostruktur (struktur naratif) dan mikrostruktur naratif (aspek sintaksis). Analisis naratif struktur (Labov, 1972) dan alat profil bahasa, Language Assessment Remediation Screening Procedure (LARSP) digunakan untuk mengkaji naratif yang dihasilkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa frekuensi penggunaan komponen struktur seperti orientasi, komplikasi, keputusan, penilaian meningkat dengan peningkatan umur. Hanya komponen abstrak dan koda sahaja didapati berada pada tahap yang rendah pada kelompok umur ini. Walaupun demikian, analisis LARSP mendapati bahawa terdapat perbezaan daripada segi kekompleksan struktur sintaksis merentas umur dalam kemahiran bercerita semula.

Published
2011-03-01