Analisis Semantik Preposisi Daripada dan Hubungannya dengan Kata Kerja

  • Maslida Yusof
  • Nor Hashimah Hj. Jalaluddin
  • Zaharani Ahmad
  • Karim Harun

Abstract

Nik Safiah Karim et al. (2008:256) dalam Tatabahasa Dewan memberikan tiga fungsi preposisi daripada iaitu menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. Makalah ini akan menunjukkan kepelbagaian peranan preposisi daripada yang berkolokasi dengan kata kerja yang muncul bersamanya dalam klausa. Makalah ini juga selanjutnya akan menunjukkan bahawa preposisi daripada berperanan sebagai kausatif (penyebab). Kelas kata kerja yang mengambil daripada sebagai membawa maksud kekausatifan adalah terdiri daripada dua kelas kata kerja iaitu kata kerja penyempurnaan seperti belajar daripada, sembuh daripada dan kata kerja keadaan yang mempunyai sebahagian makna penyempurnaan seperti mengetahui/mendapat tahu dan mendengar. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan menunjukkan fungsi preposisi daripada bukan sahaja menunjukkan sumber bagi transisi tetapi mempunyai maksud kausatif.

Published
2011-03-01