Sketsa dialek Melayu Pahang

  • M. Tarmizi Hasrah
  • Rahim Aman
  • Shahidi A. H
Keywords: Dialek Pahang, pengelompokan, inovasi khas, subdialek, teori persebaran dialek Melayu.

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk memaparkan tradisi penelitian dialek Pahang; sebuah dialek yang dituturkan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, atau secara tepatnya dialek yang dituturkan di negeri Pahang. Pemaparan mengenai tradisi penelitian dialek ini berkonsepkan pengulasan kritis terhadap segala literatur yang pernah menelitinya, yakni bermula dengan literatur pada awal abad ke-20 (yang paling awalnya ialah oleh A. J. Sturrock pada tahun 1912) hinggalah ke literatur yang terbit pada masa kini. Makalah ini juga turut memaparkan penelitian dialek lain yang terdapat di Pahang, disamping memaparkan justifikasi mengapa dialek-dialek ini harus dikelompokkan di luar label “Dialek Pahang.” Makalah ini seterusnya mencadangkan beberapa penelitian lanjutan yang perlu dikerjakan oleh para sarjana linguistik agar pemahaman mengenai dialek Pahang menjadi lebih jelas. Makalah ini membuktikan bahawa pemahaman mengenai dialek Pahang mampu menyumbang kepada pengukuhan teori persebaran dialek Melayu di Semenanjung.

Published
2011-03-01