Kesinambungan tatabahasa Latin dalam tatabahasa Melayu

  • Karim Harun
Keywords: kesinambungan, tatabahasa, ciri luaran, ciri dalaman, evolusi

Abstract

Perkembangan penulisan tatabahasa Melayu adalah berkesinambungan. Penulisan tatabahasa ini bermula dengan pemaparan jadual-jadual konjugasi oleh Frederick de Houtman (1603), diikuti dengan penghuraian tatabahasa oleh Danckaerts (1623) yang berbentuk regulae dan penghasilan buku tatabahasa yang lengkap berbentuk schulgrammatike oleh Roman (1653). Ketiga-tiga tatabahasa Melayu awal ini juga dikesani berkesinambungan dengan tatabahasa-tatabahasa lain yang dihasilkan di Eropah, khususnya tatabahasa Latin. Justeru makalah ini akan membincangkan kesinambungan idea tatabahasa Latin dalam tatabahasa Melayu abad ke-17. Idea kesinambungan ini akan dibincangkan berlandaskan disiplin sejarah linguistik. Hasilnya, didapati kesinambungan tatabahasa Latin ke dalam tatabahasa Melayu dapat dilihat daripada dua ciri utama, iaitu ciri luaran yang meliputi bentuk dan juga ciri dalaman yang melibatkan aspek tatabahasa.

Published
2011-03-01