Penyelesaian Permasalahan Fonologi Melalui Pendekatan Fonetik Akustik: Satu Kes Urutan Dua Vokal Dalam Kata Tunggal

Authors

  • Mardian Shah Omar
  • Zaharani Ahmad

Abstract

Terdapat beberapa tanggapan yang berdasarkan rumus fonologi mengungkap tentang hadirnya /?/, geluncuran /w/ ataupun /y/ dalam urutan vokal pada sesuatu kata tunggal. Sesungguhnya tangapan yang berbeza-beza ini telah mengelirukan pengkaji hari ini dalam menentukan status dan penyebaran bunyi /?/ bahasa Melayu yang ada. Walau bagaimanapun, satu kaedah harus difikirkan bagi menjawab permasalahan ini agar apa yang ditanggap sebelum ini dapat dileraikan. Justeru, kajian ini akan menghuraikan bagaimana pendekatan fonetik akustik cuba menjawab persoalan-persoalan yang ada ini. Beberapa sampel ujaran dirakam dan kemudiannya di analisis secara spektrografik bagi mendapatkan bukti sekali gus melihat ciri-ciri akustik yang ada bagi menentukan varian yang hadir pada kedudukan-kedudukan yang dianggap /?/, /w/ atau /y/ hadir oleh para sarjana terdahulu.

Downloads

Published

2010-12-01