Bahasa Lincah:Pembentukan Kata Baharu Dalam Komik Humor Remaja
Abstract
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang semakin berkembang pesat terutama dalam penambahan kosa kata dan istilah yang dicipta atau dibentuk oleh penggunannya yang memang sedia kreatif. Bahasa pertuturan atau lisan yang dikenali sebagai bahasa lincah merakamkan banyak pembentukan kata baharu yang memperlihatkan kewujudannya di dalam bahan
bercetak (tulisan). Bahasa lincah merupakan bahasa pertuturan yang bersifat lively dan energetic yang didokumetasikan
dalam bentuk penulisan oleh penulis terutama di dalam karya kreatif. Kajian ini membincangkan mengenai pembentukan
kata baharu dalam komik humor remaja popular iaitu Ujang, Gila - Gila dan Lawak Kampus. Pengkajian dimulakan dengan mengenal pasti penggunaan kata baharu serta data dikategori dan dianalisis menggunakan Prinsip Kognitif. Hasil penganalisisan membuktikan terdapat lima kategori yang mencirikan bahasa lincah dan digunakan secara berpada oleh
penulis karya kreatif. Pembentukan kata baharu dalam dunia bahasa mampu menyumbang kepada keaktifan sesuatu
bahasa dengan perkembangan yang tersusun dan terancang dan menyumbang kepada pembinaan sebuah kamus umum dan daftar kata dalam bahasa Melayu.


