Bukti Fosil Linguistik Dalam Peneguhan Multikulturalisme di Barat Daya Laut China Selatan

  • Rahim Aman
Keywords: Dialektal, fosil, Laut China Selatan, inovasi, Borneo

Abstract

Laut China Selatan merupakan satu kawasan yang amat strategik. Kawasan ini sekarang menjadi medan rebutan kuasa-kuasa besar, misalnya China, dan Amerika Syarikat. Sejak zaman awal Masehi lagi kawasan ini merupakan jalur perdagangan yang amat penting. Ratusan pulau yang ada di kawasan ini menjadi tempat persinggahan para pedagang, sama ada untuk berdagang atau sebagai tempat singgahan sementara. Di kawasan laut China Selatan Barat Daya, wujud ratusan pulau dan antara pulau-pulau yang besar, ialah Pulau Serasan-Panjang-Subi Besar-Seroja, Pulau Riau, Pulau Matak-Siantan-Jemaja dan Pulau Tioman. Sebenarnya, semua pulau ini menjadi jambatan menghubungkan Borneo dengan Semenanjung. Sejak abad ke-18 dan ke-19 lagi, wilayah ini sarat menghimpunkan hasil-hasil dagangan antara Maluku dan kemudiannya di bawa ke Melaka untuk didagangkan. Justeru, wilayah yang terbentang dari Muara Lembangan Sadong lalu membawa ke Tioman ini merupakan satu wilayah yang menyimpan fosil-fosil linguistik yang membentuk jaringan komunikasi purba berabad-abad lamanya. Pulau Tioman merupakan topografi pulau yang ribuan tahun dahulu merupakan pelabuhan intreport yang menghubungkan Borneo dengan Semenanjung. Ciri fosil dialek Melayu Tioman dikatakan memiliki ciri fosil yang sama dengan fosil di lembangan Sungai Sadong dan kesamaan ciri ini menandakan wujudnya satu jaringan komunikasi dialektal Melayu di bahagian Barat Daya Laut China Selatan. Implikasi kajian fosil linguistik ini boleh dimanfaatkan untuk mengesahkan bahawa wilayah laut China Selatan Barat Daya ini menampung jaringan komunikasi dialektal Melayu yang penuh berinovasi sejak ribuan tahun lamanya.

Published
2020-11-27