Pengekalan dan Peralihan Dialek Melayu Satun: Korelasi Antara Penggunaan Bahasa dengan Faktor Umur Penutur

  • Hayati Lateh
  • Nor Hashimah Jalaluddin
  • Mohammad. Fadzeli Jaafar
Keywords: Dialek Melayu Satun, pengekalan bahasa, peralihan bahasa, bahasa Thai standard, kemerosotan bahasa

Abstract

Pertembungan tiga bahasa yang dihadapi oleh penutur Dialek Melayu Satun (DMS) membawa kepada situasi pengekalan dan peralihan bahasa. Penggunaan bahasa yang dominan dalam domain yang biasanya dikuasai oleh bahasa natif menunjukkan bahawa peralihan bahasa sedang berlaku dalam komuniti penutur tersebut. Kajian ini akan melihat korelasi antara penggunaan DMS dengan angkubah umur dalam enam domain dengan menggunakan analisis domain (Fishman 1972) dan ujian Chi-square. Seramai 121 orang responden yang bertutur dalam DMS telah dipilih dari kampung Che Bilang, Guar Pasir dan Tammalang. Data kajian dikumpul melalui soal selidik, temubual secara tidak formal dan pemerhatian langsung. Responden dibahagikan kepada 3 kategori umur: remaja, dewasa dan warga tua. Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara penggunaan bahasa DMS dengan faktor umur dalam domain kekeluargaan dan domain jual-beli. Semua kategori umur menggunakan DMS dalam domain tidak formal dan BTS dalam domain yang formal. Terdapat peralihan bahasa dalam domain kekeluargaan dan domain keagamaan yang menjadi domain penting dalam pengekalan sesuatu bahasa ibunda. Justeru itu, perlu ada usaha memelihara dan melestarikan DMS sebagai satu aset negara yang bernilai sejajar dengan polisi kerajaan yang ingin mempelbagaikan bahasa dan budaya negara.

Published
2020-11-27