Analisis Wacana Kritis terhadap Isu Perubahan Iklim di Malaysia

  • Ummi Nur Asyiqeen Zulkefly
  • Kesumawati A. Bakar
Keywords: analisis wacana kritis, pengaruh kuasa, rangka berita, berita dalam talian, perubahan iklim

Abstract

Perubahan iklim merupakan satu fenomena global yang memberi kesan terhadap setiap peringkat kehidupan. Contohnya, kenaikkan suhu boleh menyebabkan pencairan ais di Antartika yang akan membawa kepada kenaikkan paras air laut dan akhirnya mencetuskan banjir. Walau bagaimanapun, kajian terdahulu menunjukkan rakyat Malaysia sedar akan ancaman serius perubahan iklim, namun mereka kurang pengetahuan serta kefahaman yang cukup untuk mengambil langkah-langkah intervensi yang diperlukan. Oleh itu, wacana berita dalam talian mengenai perubahan iklim dari agensi berita The Star Online dan New Straits Times telah dikaji untuk mengetahui perlambangan isu perubahan dari segi pengaruh kuasa dan rangka berita. Teori analisis wacana kritis oleh Van Dijk, T.A yang melibatkan analisis struktur mikro dan makro telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian mededahkan bahawa rangka berita paling utama digunakan adalah “kesan perubahan iklim” manakala rangka berita paling kurang digunakan adalah “galakan mengambil tindakan” dan “langkah penyelesaian”. Selain daripada itu, kajian menunjukkan sumber-sumber berita, para wartawan dan golongan elit mempunyai kuasa dalam mempengaruhi garapan isu-isu perubahan iklim. Diharapkan bahawa akan ada lebih kajian dilakukan terhadap liputan berita mengenai perubahan iklim bagi memahami bagaimana rakyat Malaysia melihat isu perubahan iklim.

Published
2020-07-28