Makna Perkataan Berkaitan dengan Pendidikan yang Berciri Tempatan dalam Akhbar Bahasa Cina di Malaysia

Authors

  • Lau Su Kia
  • Sheena Kaur
  • Jariah Mohd Jan
  • Su’ad Awab

Keywords:

makna, pendidikan, tempatan, akhbar, korpus

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji perkataan bahasa Cina (BC) berkaitan dengan pendidikan yangmembawa makna berciri tempatan dalam akhbar BC di Malaysia serta faktor-faktor kewujudannya. Data kajianini terdiri daripada berita nasional dan artikel yang membincangkan isu-isu pendidikan tempatan dalam tiga jenis surat khabar BC di Malaysia dari Januari 2011 hingga Disember 2013. Data tersebut turut digunakan untukmembentuk korpus utama kajian ini iaitu Korpus Pendidikan Malaysia (KPM). Beijing Language and Culture University Chinese Corpus (BCC) dijadikan sebagai korpus rujukan. Perkataan-perkataan yang berkaitan denganpendidikan dikenal pasti melalui kaedah menyemak Kamus Ensiklopedia Pendidikan dan juga merujuk kepadatujuh orang pakar. Sebanyak 593 perkataan yang berkaitan dengan pendidikan dikesan dalam KPM. Maknanyadalam KPM dan BCC ditafsirkan satu demi satu. Terdapat sebanyak 16 perkataan daripadanya digunakan dalamkedua-dua korpus, tetapi maknanya dalam KPM adalah berbeza dengan makna dalam BCC. Perkataan-perkataanyang mendukung makna berciri tempatan tersebut digolongkan ke dalam enam kategori, iaitu sekolah, persatuanpendidikan, orang yang terlibat dalam bidang pendidikan, pentaksiran, kelas dan mata pelajaran. Penyingkatan,penambahan makna dan penterjemahan merupakan faktor linguistik yang mengakibatkan kewujudan maknaberciri tempatan tersebut. Selain itu, penciptaan perkataan untuk merujuk kepada sesuatu yang hanya terdapat diMalaysia dan juga kelainan negara merupakan faktor bukan linguistik yang menyebabkan wujudnya maknatersebut.

Downloads

Published

2022-05-25