Pengkonsepsian Rasa Sebagai Refleksi Emosi Dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif
Keywords:
rasa, emosi, peribahasa Melayu, semantik inkuisitif, akal budi MelayuAbstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengupas konsep rasa yang merangkumi rasa manis, masam, masin,pahit dan tawar serta asosiasinya sebagai refleksi emosi dalam peribahasa Melayu. Kajian ini memfokuskanlima konsep rasa serta asosiasinya, iaitu tebu mewakili manis, cuka mewakili masam, belacan mewakili masin,kopi mewakili pahit dan air mewakili tawar. Pemilihan lima peribahasa bagi setiap konsep rasa dianalisisdengan menerapkan pendekatan semantik inkuisitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014)dan analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) bagi melihat penggunaan peribahasa yang terkandung di dalam datakorpus sedia ada bertepatan dengan makna peribahasa. Sebanyak lima data peribahasa Melayu yangmengandungi konsep rasa sebagai refleksi emosi dipilih menerusi dua buah buku, iaitu Kamus IstimewaPeribahasa Melayu dan Kamus Peribahasa Melayu. Makna yang tersirat di sebalik konsep rasa sebagai refleksiemosi dihuraikan sehingga ke peringkat akal budi pemikiran masyarakat Melayu. Malahan hubungan antaramasyarakat, bahasa serta ketajaman akal pemikiran Melayu dalam penghasilan peribahasa dapat ditelitimenerusi pendekatan yang diaplikasikan. Pemilihan Pendekatan Semantik Inkuisitif dilaksanakan demimembuktikan makna tersirat berteraskan kognitif serta akal budi pemikiran Melayu yang terkandung dalampenghasilan peribahasa Melayu. Hasil kajian mendapati konsep rasa yang terkandung dalam peribahasamengandungi refleksi emosi yang tersirat.

