Penggunaan Singkatan dalam Sistem Pesanan Ringkas oleh Majlis Keselamatan Negara

Authors

  • Harishon Radzi
  • Nur Anis Syafiqa Zulkefli
  • Junaini Kasdan

Keywords:

Pembentukan kata, singkatan, Covid-19, SMS, MKN

Abstract

Disiplin linguistik kini telah mengalami anjakan baharu dengan kemunculan istilah-istilah baharu ekoran daripadapenularan pandemik Covid-19. Dengan tercetusnya wabak ini, pengkaji dapat melakukan pelbagai kajian yangberkaitan, termasuklah kajian terhadap pembentukan kata yang memfokuskan singkatan. Kajian ini adalahberkaitan penggunaan singkatan inisialisme dalam sistem pesanan ringkas (SMS) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis singkatan yang digunakan dalam teks mesej yang disebarkan kepada orang ramai. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan menganalisis datadata daripada teks mesej yang dihantar oleh pihak MKN dari Mac 2020 sehingga Disember 2020. Hasil analisis mendapati 20 data berbeza (dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), dan dipecahkan mengikut kategori masing-masing yang selanjutnya akan dibincangkan menerusi konteks ayat penuh berdasarkan penggunaannya yang berkait dengan Covid-19. Kajian ini menggunakan pendekatan Ismail Dahaman (2017) menerusi buku beliau yang berjudul Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Kata – Unsur Bergabung Tutur Bersambung.Penemuan yang pelbagai terhadap jenis-jenis singkatan yang menarik dapat membuktikan bahawa penggunaan singkatan dalam penyampaian maklumat adalah signifikan dalam kalangan masyarakat tempatan. Tindakan ini juga sebenarnya membantu masyarakat untuk mengenali dan mengingati singkatan-singkatan yang digunakan dalam konteks yang betul. Tambahan pula, atas faktor kekangan bilangan patah perkataan bagi setiap mesej yang dihantar, penggunaan singkatan adalah perlu bagi memastikan mesej tersebut adalah jelas dan dapat difahami.

Downloads

Published

2022-05-25