Analisis Wacana Persekitaran dari Perspektif Ekolinguistik
Abstract
Ekolinguistik ialah interdisiplin di antara bidang ekologi dan linguistik. Ekolinguistik lazimnya tertumpu pada analisis teks yang berkaitan dengan isu persekitaran, misalnya pencemaran sekitar dan perubahan iklim. Makalah ini meneliti laporan akhbar Harian Metro tentang pencemaran alam sekitar di kawasan tertentu, di Malaysia. Kajian ini berdasarkan model analisis bahasa dan ekologi oleh Stibbe (2015). Analisis akan difokus pada aspek penilaian, iaitu cara cerita pencemaran dipersembahkan, sama ada positif atau negatif. Hasil kajian ini mendapati wacana akhbar menggunakan pola leksikal yang positif tentang isu pencemaran, iaitu pembaikpulihan dan penguatkuasaan. Manakala pola leksikal yang negatif bertujuan untuk menggambarkan malapetaka dan kesakitan. Kajian ini menyumbang dari segi pengenalpastian leksikal yang berkaitan dengan ekologi dan cara komuniti berinteraksi dengan persekitaran fizikal.


