Kesantunan Bahasa dalam Rancangan Bual Bicara Meletop: Satu Kajian Sosiolinguistik

  • Kalthum Ibrahim
  • Nur Faezah Kamaruzaman
Keywords: kesantunan, kategori, budaya, kesopanan, strategi komunikasi

Abstract

Kelahiran program realiti televisyen seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rancangan televisyen yang menyajikan berita-berita hiburan semakin menjadi kegemaran ramai khususnya golongan remaja. Kebijaksanaan pengacara mengendalikan rancangan tersebut dapat menarik perhatian khalayak untuk terus mengikuti rancangan tersebut. Artikel ini memberi tumpuan kepada aspek kesopanan yang diamalkan oleh pengacara rancangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam rancangan tersebut. Kaedah kajian adalah dengan menganalisis kesantunan yang terdapat dalam rancangan Bicara Meletop, menggunakan model kesantunan Noriati (2007) beliau memberikan pembahagian mengikut kategori ungkapan Rabbani, kategori penghargaan, kategori berhemah, kategori budiman dan kategori matlamat dalam menganalisis kesantunan realiti televisyen berkenaan. Hasil kajian menunjukkan terdapat kategori kesantunan yang dilihat amat tinggi peratusannya iaitu kategori berhemah dan kategori penghargaan. Hal ini berlaku disebabkan ketegori tersebut dapat menjadikan khalayak rasa dihargai dan akan sentiasa mengikuti rancangan tersebut. Lagi pula amalan kesantunan amat penting untuk melahirkan masyarakat yang dapat hidup harmoni terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti yang terdapat di Malaysia

Published
2020-07-28