Fungsi dan Pola Sistem Panggilan Sapaan Bahasa Jepun dalam Komunikasi Pelancongan

  • Roswati Abdul Rashid
  • Mazlina Ahmad
  • Nurul Ain Chua Abdullah
  • Zanjabila Nudin
Keywords: kata ganti nama, pemandu pelancong, pelancong Jepun, sistem panggilan sapaan, sesi lawatan

Abstract

Kata ganti nama adalah salah satu elemen kesantunan dalam sesuatu bahasa. Penggunaan kata ganti nama yang tidak menepati norma budaya sesuatu masyarakat akan mengakibatkan ancaman terhadap air muka seseorang dalam bahasa sasaran. Kesantunan dalam masyarakat Jepun merupakan alat menjaga keharmonian dan sangat dititik beratkan dalam urusan perniagaan. Justeru itu, makalah ini akan meneliti kata ganti nama dalam konteks penggunaan sistem panggilan sapaan oleh pemandu pelancong Malaysia berbahasa Jepun ketika berinteraksi dengan pelancong Jepun semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan. Data diperolehi dari rakaman lima sesi lawatan pelancongan. Dapatan kajian mendapati penggunaan sistem panggilan sapaan oleh pemandu pelancong menepati dan bersesuaian dengan fungsi sebagaimana norma budaya masyarakat Jepun dan pola penggunaannya selari dengan konteks di sepanjang sesi lawatan tersebut berlangsung. Kajian ini akan menjadi rujukan kepada para pengajar bahasa Jepun dalam penggunaan kata ganti nama semasa berinteraksi dengan orang Jepun.

Published
2022-11-30