Penguasaan Peraturan Tatabudaya Melayu dalam Komunikasi Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Maslida Yusof
  • Karim Harun
  • Muhammad Azlan Mis
  • Sharifah Raihan Syed Jaafar
  • Rusmadi Baharuddin
Keywords: Peraturan tatabudaya, mahasiswa UKM, pemartabatan Bahasa Melayu, komunikasi

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan peraturan tatabudaya berbahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa UKM ketika berkomunikasi. Peraturan tatabudaya yang diteliti merangkumi penggunaan kata ganti nama dan kata panggilan yang bersesuaian dengan taraf sosial orang yang berkomunikasi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran soal selidik kepada sejumlah sampel pelajar UKM yang merangkumi jantina, bangsa dan bidang pengajian. Seramai 168 responden yang mewakili mahasiswa daripada gugusan bidang gugusan Sains (Fakulti Sains dan teknologi), Gugusan sastera (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan), Gugusan Ikhtisas (Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Pendidikan, Fakulti Tekonologi Sains Maklumat dan Fakulti Undang-Undang) dan gugusan Kesihatan (Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Perubatan) telah menjawab soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Kajian ini mendapati mahasiswa UKM menguasai situasi penggunaan peraturan tatabudaya dalam komunikasi. Mereka berkemahiran untuk memilih kata ganti nama dan kata panggilan yang sesuai mengikut konteks komunikasi. Sehubungan dengan itu, usaha pemartabatan bahasa Melayu seharusnya bukan sahaja menitikberatkan penggunaan bahasa yang baik dan tepat tetapi juga harus jugammemberi perhatian kepada aspek penggunaan peraturan tatabudaya berbahasa yang sesuai dengan situasi pertuturan.

Published
2022-11-30