Skema Imej dan Metafora Konsepsi dalam Skrip Teater Wangi Jadi Saksi

  • Ruzanna Md. Ruslan
  • Rozaimah Rashidin
Keywords: metafora konsepsi, skema imej, semantik kognitif, skrip teater

Abstract

Metafora merupakan satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat di alam nyata kerana ia memerlukan penelitian dalam proses pemahaman melalui pemikiran dan pengalaman. Menyedari hakikat bahawa pengalaman serta intelek mampu membantu seseorang menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif, maka konsep ini dijadikan sebagai satu kajian bagi mengupas ketersiratan metafora konsepsi yang terdapat di dalam skrip teater Wangi Jadi Saksi (WJS). Kajian ini menggunakan pendekatan semantik kognitif dan melalui pendekatan yang digunakan, secara tidak langsung melibatkan dua daripada lima jenis Idealized Cognitive Models (ICM), iaitu skema imej (image schema) dan juga metafora konsepsi (conceptual metaphor). Berdasarkan pendekatan yang digunakan, hasil kajian mendapati tiga jenis metafora konsepsi sememangnya wujud dalam skrip teater WJS. Metafora ontologi mencatatkan bilangan paling tinggi kerana bahasa yang terdapat di dalam skrip teater WJS kebanyakannya mempunyai unsur dramatik iaitu mampu menghasilkan kesan emosi dan pengkonseptualisasian sesuatu benda yang abstrak (emosi, idea, fenomena persekitaran) itu merujuk kepada metafora ontologi. Bukan itu sahaja, sepuluh jenis skema imej juga telah berjaya dikonsepsikan metaforanya supaya gambaran abstrak atau konkrit mengenai sesuatu emosi atau perasaan ataupun perbuatan yang terdapat dalam skrip teater WJS itu dapat difahami dengan lebih jelas lagi.

Published
2014-06-02