Kata Panggilan Kekeluargaan oleh Mahasiswa dari Pantai Timur Universiti Kebangsaan Malaysia; Satu Kajian Sosiolinguistik
Abstract
Sistem panggilan merupakan satu sistem yang digunakan bagi tujuan menunjukkan rujukan ke atas diri seseorang dalam sesuatu hubungan sosial mereka dalam masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai nilai dan aturan sosial yang tersendiri dalam bentuk kata panggilan kekeluargaan. Tujuan utama penggunaannya adalah untuk mengekalkan silratulrahim dalam kalangan ahli masyarakat yang terdiri daripada ahli keluarga – ibu bapa, adik beradik dan jiran tetangga. Kajian ini tentang kata panggilan kekeluargaan masyarakat melayu pantai timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang. Namun responden yang digunakan bagi kajian ini adalah mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang berasal dari negeri-negeri tersebut. Data yang didapati daripada borang soal selidik dianalisis untuk melihat sama ada respoden masih menggunakan kata panggilan kekuargaan atau sebaliknya. Di samping itu juga, data yang didapati digunakan untuk mengklasifikasikan bentuk kata panggilan yang paling banyak digunakan oleh mahasiswa berkenaan mengikut ketegori. Dapatan menunjukkan bahawa mahasiswa berkenaan masih lagi mengekalkan penggunaan kata panggilan tradisi.


