Analisis Kesilapan Penggunaan Perkataan Sinonim Bahasa Thai dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
Abstract
Sinonim merupakan kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud. Penggunaan perkataan sinonim dapat dibezakan
penggunaannya melalui konteks ayat yang berlainan. Walaupun sinonim dapat difahami dengan bahasa mudah, namun
kebanyakan para pelajar tidak dapat membezakan kegunaan perkataan sinonim ini dengan baik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesilapan penggunaan perkataan sinonim bahasa Thai sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar di Universiti Putra Malaysia. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti penggunaan perkataan sinonim bahasa Thai yang digunakan oleh pelajar dalam struktur ayat yang sesuai, dan juga mengenal pasti punca kesilapan penggunaan perkataan ini. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan analisis kontrastif dan analisis kesilapan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 5 orang pelajar yang mempelajari bahasa Thai pada tahap tiga di Universiti Putra Malaysia.


