Ayat Perintah dalam Novel Kabus di Perbukitan
Abstract
Makalah ini adalah berkaitan dengan ayat perintah yang terdapat dalam novel Kabus di Perbukitan. Novel Kabus di Perbukitan merupakan salah satu novel yang terpilih sebagai komponen sastera bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran wajib bagi pelajar tingkatan lima di beberapa buah negeri termasuk negeri Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis dan kekerapan penggunaan ayat perintah dalam novel Kabus di Perbukitan, yang melibatkan keseluruhan halaman dalam novel ini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks. Kajian juga dilakukan dengan menerapkan Teori Transformasi Generatif. Kajian menunjukkan bahawa antara ayat perintah yang kerap digunakan dalam novel tersebut ialah ayat perintah jenis suruhan, larangan dan permintaan. Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman serta membantu pelajar dalam menguasai tatabahasa terutama tentang penggunaan ayat perintah. Selain itu, kajian ini juga dijangka dapat memberi panduan kepada pelajar untuk menghasilkan penulisan bahasa Melayu yang lebih baik.


