Pengkategorian Kata Panggilan dalam Masyarakat Kelabit : Perspektif Sosiolinguistik

  • Mohammad Syawal Narawi
  • Nuraini Yusoff
Keywords: Masyarakat Kelabit, Kata panggilan, Tanah Tinggi Bario, Sosiolinguistik.

Abstract

Kajian kata panggilan Kelabit dilakukan berdasarkan senario semasa dan permasalahan amalan kata panggilan dalam komuniti etnik Kelabit. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan kata panggilan dalam masyarakat Kelabit berdasarkan perspektif sosiolinguistik. Kajian dijalankan di Tanah Tinggi Bario, Miri dan Bintulu, Sarawak. Sebelas etnik Kelabit yang berasal dari Tanah Tinggi Bario dan berumur antara 40 dan 70 tahun dijadikan sebagai informan. Sumber data utama diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa kata panggilan Kelabit berkaitan rapat dengan nilai sosio budaya masyarakat kelabit. Di samping itu, ia ditentukan oleh usia dan penggunaannya bergantung kepada keadaan, suasana serta pangkat orang yang disapa. Penggunaan kata panggilan Kelabit yang betul menggambarkan masyarakat Kelabit mempunyai nilai adab dan kesopanan dalam memanggil seseorang. Berdasarkan penganalisisan data, dapat disimpulkan bahawa kata panggilan Kelabit dapat dikategorikan kepada empat bahagian, iaitu kata panggilan kekeluargaan, kata panggilan umum, kata panggilan adat dan kata ganti nama.

Published
2014-12-01