Teknik Perundingan dalam Pertandingan Debat Diraja

  • Norazlina Haji Mohd. Kiram
  • Noor Asliza Abdul Rahim
Keywords: keterampilan berbahasa, kemahiran bertutur, kecekapan komunikatif, Pendebat, Pertandingan Debat Diraja

Abstract

Debat merupakan suatu peristiwa bahasa atau tindakan yang berorientasikan matlamat. Keupayaan pendebat menyampaikan hujah dengan baik dan berkesan dapat menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Dalam hubungan ini, pendebat perlu menguasai teknik komunikasi atau perundingan yang betul agar maklumat yang disampaikan dapat mempengaruhi khalayak. Penggunaan teknik perundingan akan dapat membantu pendebat merancang strategi yang tepat untuk mematahkan hujah pihak lawan sekali gus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mencapai kemenangan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis teknik perundingan yang digunakan oleh pendebat dalam Pertandingan Akhir Debat Diraja Antara IPT. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Data diambil daripada rakaman audio video Pertandingan Akhir Debat Diraja Antara IPT pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Data rakaman telah ditranskripsikan dalam bentuk bertulis dan dianalisis dengan menggunakan kerangka konsep Teknik Perundingan Asmah Haji Omar (2000). Terdapat lima teknik perundingan iaitu penggunaan ciri pragmatik, bercerita, bunga bahasa, pemilihan kod dan humor. Hasil kajian menunjukkan
pendebat telah menggunakan kelima-lima teknik perundingan tersebut semasa berdebat.

Published
2018-06-01