Pengaruh Bahasa Ibunda Terhadap Pembinaan Struktur Ayat Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Asing
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh bahasa ibunda (bahasa Thai) terhadap pembinaan struktur ayat bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thai di Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand. Kekeliruan sering berlaku apabila pelajar berfikir dalam bahasa ibunda dan menulis dalam bahasa Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 33 pelajar iaitu 25 pelajar tahap satu dan lapan pelajar tahap dua yang mengikuti kursus bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Pelajar perlu menulis sebuah karangan dalam bahasa Melayu. Hal ini untuk melihat sejauh mana pengaruh bahasa Thai mempengaruhi pelajar dalam pemlihan struktur ayat bahasa Melayu. Analisis kesalahan oleh Corder (1991) digunakan untuk melihat kesalahan penggunaan perkataan dan penyusunan perkataan dalam struktur bahasa Melayu berdasarkan interferensi bahasa ibunda. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh bahasa ibunda (bahasa Thai) sangat mempengaruhi pelajar dalam membina struktur ayat bahasa Melayu.


