Tahap Pengetahuan Istilah Teknologi Maklumat Dalam Kalangan Pelajar Universiti: Analisis Sosiokognitif
Abstract
Teknologi maklumat merupakan bidang yang memainkan peranan dalam memudahkan kerja-kerja manusia dan bidang ini berkembang dengan pesat. Perkembangan sesuatu bidang memerlukan istilah bagi membawa konsep bidang tersebut. Penggunaan teknologi maklumat turut dipengaruhi oleh latar belakang sosial. Hal ini dapat menjelaskan alasan teknologi maklumat hanya digunakan oleh golongan tertentu. Oleh itu, kajian ini membincangkan tahap pengetahuan istilah teknologi maklumat dalam kalangan pelajar universiti berdasarkan analisis sosiokognitif. Aspek sosiokognitif yang diteliti dalam kajian ini
melibatkan pengetahuan istilah teknologi maklumat yang diteliti berdasarkan umur, program pengajian dan kawasan tempat tinggal. Antara objektif yang menjadi panduan kajian ini; pertamanya adalah untuk mengukur tahappengetahuan pelajar tahun tiga Pusat Penyelidikan dan Kelestarian Sains Bahasa
(PPKSB) terhadap istilah teknologi maklumat. Objektif kedua pula ialah untuk menghuraikan tahap pengetahuan istilah teknologi maklumat berteraskan pendekatan sosiokognitif. Kajian ini melibatkan 100 orang responden dari kalangan pelajar Linguistik tahun akhir (50 orang) dan pelajar English Language Studies (ELS) (50 orang). Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkanpengetahuan pelajar universiti terhadap istilah teknologi maklumat adalah ‘sangat baik’. Aspek pengetahuan ini diteliti berasaskan latar belakang informan. Sehubungan itu, kajian ini telah meneliti pertalian antara latar belakang sosial yang mempengaruhi kognitif pelajar universiti terhadap istilah teknologi maklumat.


