Slanga sebagai Wahana Komunikasi dalam Kalangan Remaja di Bengkalis

  • Harishon Radzi
  • Tengku Fariqul Haq
Keywords: slanga, sosiolinguistik, wahana komunikasi, rema dan leksikal

Abstract

Slanga bukanlah satu bentuk fenomena baru dalam dunia bahasa, tetapi fenomena ini mula popular dan perkembangannya sangat pesat dalam kalangan remaja untuk masa sekarang ini. Fenomena tersebut turut berlaku di Riau, Indonesia, khususnya di kawasan Bengkalis. Objektif kajian ini ialah untuk pengkategorian slanga mengikut jantina. Objektif berikutnya ialah menghuraikan penggunaan fungsi slanga mengikut jantina. Dengan menggunakan teori domain penggunaan bahasa oleh Fishman (1972a) pengkaji membincangkan slanga remaja ini berdasarkan konteks. Sebanyak 85 leksikal slanga diperolehi menerusi kajian lapangan kepada 60 responden remaja lelaki dan perempuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa slanga kalangan remaja di Bengkalis terbahagi kepada dua, iaitu slanga lelaki dan perempuan.Di samping itu, terdapat leksikal slanga yang merupakan bentuk peminjaman slanga bahasa Gaul (Indonesia) dan slanga daripada bahasa Inggeris. Kajian ini telah menyumbang kepada bidang ilmu bahasa, di samping dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada slanga-slanga yang wujud dalam kalangan remaja berkenaan. Selain itu, kajian ini mendedahkan serba sedikit mengenai remaja di Bengkalis dan cara pergaulan mereka menerusi slanga-slanga yang dihasilkan.

Published
2020-07-23