Konstruk Literasi Emosi Asas Strategi Pemahaman Bacaan Berteraskan Kecerdasan Emosi
Abstract
Tahap pemahaman dan penguasaan murid terhadap konstruk Literasi Emosi perlu diukur untuk dijadikan asas panduan dalam merangka dan menggubal strategi pemahaman bacaan berasaskan Kecerdasan Emosi (EQ). Bagi tujuan tersebut, satu kajian berbentuk tinjauan deskriptif dijalankan terhadap 30 orang murid dari sebuah sekolah di salah sebuah daerah di dalam negeri Selangor. Instrumen yang ditadbir untuk mengukur konstruk Literasi Emosi dikenali sebagai Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE), terjemahan daripada “EQ Map Questionaire” versi Cooper dan Sawaf (1996). UPLE mengandungi 33 item yang diekstrak daripada bahagian kedua “EQ Map Questionaire” yang dikenali sebagai “Emotional Literacy”. Tiga subskala dalam bahagian ini, iaitu, “Emotional Self-Awareness”, “Emotional Expression” dan “Emotional Awareness of Others” telah diterjemahkan sebagai Kesedaran Emosi Kendiri, Ekspresi Emosi dan Kepekaan Terhadap Emosi Individu Lain. Instrumen ini telah diuji Kesahan dan Kebolehpercayaannya menggunakan Kaedah Cronbach Alpha dengan memperoleh nilai ‘r’ sebanyak 0.823. Hasil kajian mendedahkan murid mempunyai tahap kesedaran yang paling rendah dari segi pemahaman dan penguasaan terhadap konstruk Ekspresi Emosi (m= 25.03), berbanding dengan Kesedaran Emosi Kendiri (m= 32.10), dan Kepekaan Terhadap Emosi Individu Lain (m=40.03). Implikasi dapatan kajian ini menegaskan bahawa input dari segi latihan/aktiviti yang menggalakkan ekspresi emosi kendiri murid perlu diberi dijadikan fokus utama strategi pemahaman bacaan yang berasaskan EQ.


