Ayat Selapis Dalam Dialek Perlis Menggunakan Kerangka Minimalis

  • Maulana Al-Fin Bin Che Man
  • Fazal Mohammed Mohammed Sultan
Keywords: Ayat selapis, dialek Perlis, Minimalis, subjek, bahasa Melayu

Abstract

Artikel ini memberikan tumpuan kepada sejenis ayat dalam dialek Perlis iaitu ayat selapis. Kajian ayat selapis dalam dialek Perlis yang menggunakan kerangka Minimalis ini dijalankan di Mukim Utan Aji, Perlis. Kawasan kajian ini dipilih adalah kerana kawasan ini terletak di kawasan tengah negeri Perlis dan tidak dipengaruhi oleh dialek-dialek lain. Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti pola yang wujud dalam dialek negeri Perlis, membezakan ayat selapis dialek negeri Perlis dengan bahasa Melayu Baku, dan menganalisis konstituen subjek dan predikat menggunakan kerangka Minimalis. Bagi mencapai objektif tersebut pengkaji telah memilih kajian lapangan dengan menemu bual sepuluh orang responden bagi memperolehi data dan menggunakan kaedah perpustakaan bagi
mendapatkan gambaran awal mengenai kajian serta menjelaskan konsep. Hasil kajian ini mendapati bahawa penutur dialek ini amat meminimumkan penggunaan subjek yang terdiri daripada unsur frasa nama sehingga menyebabkan wujudnya fenomena bahasa berpredikat serta terdapat lima pola yang dikenal pasti wujud dalam dialek ini iaitu FK + FN, FKB + FK, FK + FS dan FK + FA. Pola yang kerap hadir dalam dialek ini ialah FK + FN dan FKB + FK. Di
samping itu, urutan kata kerja-objek (KO) merupakan struktur bahasa yang mendasari dialek ini.

Published
2020-06-01