Pengekalan Kosa Kata Budaya Dalam Kalangan Generasi Muda Masyarakat Jawa

  • Adib Zakwan Al-Qayyum Shahbuddin
  • Mardian Shah Omar
Keywords: Bahasa Jawa, generasi muda, kosa kata, budaya & pengekalan

Abstract

Walaupun bentuk komunikasi generasi muda masyarakat Jawa di Kampong Endah, Selangor telah banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu (BM) baku dan hasil percampuran kod, namun masih terdapat proses pengekalan kosa kata Jawa dalam penggunaan bahasa harian dalam kalangan generasi muda Jawa (GMJ).
Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengekalan kosa kata Jawa yang terdapat dalam bahasa harian GMJ ini terutamanya dalam aspek budaya masyarakat Jawa. Kajian ini juga meneliti aspek budaya yang banyak mempengaruhi dan berlakunya pengekalan kosa kata ini. Penelitian ini dilakukan melalui kaedah temu bual dan juga soal selidik di sekitar Kampong Endah, Selangor. Soal selidik dijalankan secara rawak ke atas 20 orang responden dalam kalangan masyarakat Jawa. 12 orang berumur 18 hingga 25 tahun dan 8 orang lagi terdiri daripada mereka yang berumur 28 hingga 35 tahun. Masing-masing merangkumi penutur lelaki dan perempuan. Hasil kajian mendapati, berlakunya pengekalan kosa kata terutamanya dalam aspek budaya seperti kenduri
kahwin, pakaian, peralatan rumah dan seumpamanya. Pengkaji telah mendapati berlakunya proses peralihan bahasa Jawa kepada bahasa Melayu oleh masyarakat Jawa di Kampong Endah. Kajian ini penting dalam melihat aspek kepelbagaian bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Jawa dan juga suku kaum Jawa lain yang masih mengekal dan memelihara bahasa ibunda mereka sehingga ke hari ini. Kajian ini sudah pasti dapat memberi impak yang besar dalam senario linguistik masyarakat Jawa di negara ini sekali gus dapat meningkatkan penggunaan kosa kata bahasa Jawa dalam komunikasi harian BM baku.

Published
2020-06-01