Struktur Tema Dalam Manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum Ke-14

  • Muhammad Faizul Abd Hamid
  • Harishon Radzi
Keywords: manifesto, Pakatan Harapan, pergerakan tematik, tema, rema

Abstract

Bahasa secara umumnya dilihat sebagai syarat yang perlu ada dalam kehidupan manusia untuk menjayakan aktiviti sosial. Dari perspektif ucapan, bahasa digunakan untuk berbagai-bagai tujuan seperti melahirkan buah fikiran, berkomunikasi, menyebarkan ideologi dan mempengaruhi khalayak ramai. Ucapan yang berkesan lazimnya mempunyai gabungan maklumat yang teratur melalui binaan struktur tema yang dikemali sebagai tema dan rema. Penggunaan tema dan rema membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat menjadi lancar dan tidak tergantung. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis struktur binaan tema dan menjelaskan fungsi penggunaanya dalam teks manifesto pakatan Harapan sewaktu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Data teks ucapan telah dimuat turun oleh pengkaji melalui portal rasmi Pakatan Harapan pada 10 Januari 2020 Mac 2019 – http://www.kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf. Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk analisis dokumen yang menggunakan kaedah kualitatif. Kerangka pemikiran pergerakan tematik (thematic progression) yang diilhamkan oleh Danes (1974) telah dijadikan pegangan sepanjang proses penyelidikan dilakukan. Berdasarkan hasil kajian, terdapat tiga jenis binaan struktur tema yang digunakan oleh pewacana iaitu, tematik linear (zig-zag), tematik tema kekal dan tematik tema daripada hipertema. Kolaborasi ketiga-tiga binaan struktur tema dalam teks manifesto menunjukkan bahawa pola-pola ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan makna teks manifesto yang kontekstual, tersusun dan mudah diterima oleh pengguna bahasa. Hal ini demikian, pola susunan maklumat yang dijalinkan dapat menstruktur satu aliran huraian maklumat yang logik dan sistematik kepada khalayak.

Published
2020-06-01