Siapa ‘Aku’? Analisis Blog Wanita dan Pengkid Berasaskan Pendekatan Prosodi Semantik

  • Norwati Mohd Zain
  • Hishamudin Isam
Keywords: blog, wanita, pengkid, ‘aku’, prosodi semantik

Abstract

Dasar demokrasi digital yang diamalkan oleh Malaysia telah menyebabkan Malaysia dikenali sebagai antara pengguna sfera blog yang paling ceria di dunia. Paling terserlah ialah kemunculan blog-blog persendirian yang mempamerkan penggunaan bahasa daripada pelbagai kelompok gender dan transgender contohnya kelompok gender wanita dan transgender pengkid. Justeru itu, kajian ini cuba memberi dimensi baru mengenai kajian penggunaan bahasa dalam blog dengan membandingkan penggunaan bahasa golongan wanita dan pengkid. Untuk merealisasikan hasrat ini, kajian ini memilih untuk menggunakan pendekatan prosodi semantik yang diperkenalkan dalam aliran linguistik korpus. Kaedah penelitian yang menggunakan gabungan aspek kata kunci dalam konteks, konkordans, kolokasi dan kekuatan konsep consistence aura dalam prosodi semantik telah menjelaskan fenomena penggunaan bahasa dalam blog yang ditulis oleh golongan gender wanita dan transgender pengkid. Hasil daripada penelitian data, didapati leksis [aku] telah mencatatkan jumlah kekerapan (frequency) tertinggi bagi blog wanita dan pengkid. Kolokasi leksis [aku] sebagaimana yang dikenal pasti dalam data blog kedua-dua kelompok telah berjaya memaparkan tiga aspek penting iaitu: identiti, penampilan fizikal (wajah, pakaian, aura wajah) dan rohani (citra peribadi, hubungan) golongan wanita dan pengkid.

Published
2013-12-02