Peninggian Vokal Dialek Sarawak

  • Sharifah Raihan Syed Jaafar
Keywords: dialek Sarawak, peninggian vokal, Melayu, Teori Optimaliti

Abstract

Kajian ini membincangkan perubahan vokal dialek Melayu Sarawak di kawasan Kampung Tanjung Budong. Data diperolehi daripada sesi temu bual bersama tiga orang responden. Kesemua data yang diperoleh dianalisis menggunakan kerangka teori Optimaliti. Analisis mendapati vokal rendah /o/ dan /e/ di suku kata pertama dalam dialek ini mengalami peninggian. Dua vokal ini masing-masing direalisasikan sebagai vokal tinggi [u] dan [i]. Kekangan yang memainkan peranan penting dalam perubahan vokal daripada rendah menjadi tinggi ini ialah kekangan KORONAL-tinggi, yang menghendaki vokal selepas konsonan yang mempunyai fitur [+koronal] mestilah terdiri daripada vokal tinggi. Oleh itu, kekangan KORONAL-tinggi mendominasi kekangan-kekangan relevan yang lain seperti IDENT[F]-IO dan MAK-IO di dalam hierarki tatatingkat kekangan dalam analisis peninggian vokal dalam dialek ini.

Published
2013-06-03