Inventori Fonem Konsonan Dialek Melayu Kuching Sarawak

  • Saidatul Faiqah Samasu
  • Adi Yasran Abdul Aziz
Keywords: inventori konsonan, fonem, Dialek Melayu Kuching Sarawak, fonologi generatif, proses fonologi

Abstract

Makalah ini bertujuan membuat penilaian semula terhadap pandangan pengkaji lepas berkaitan inventori fonem konsonan Dialek Melayu Kuching Sarawak (DMKS). Penelitian terhadap inventori fonem DMKS telah dibuat oleh beberapa pengkaji lepas, namun terdapat percanggahan dari segi jumlah dan status fonem konsonan DMKS yang dikemukakan. Madzhi Johari (1988) menyenaraikan 20 fonem konsonan DMKS, manakala Asmah (2008) dan Collins (1987) pula mendapati DMKS mempunyai 19 fonem konsonan sahaja. Hasil dapatan mereka adalah berdasarkan pendekatan struktural yang beranggapan semua segmen bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat ujaran manusia ialah fonem. Bagi menjelaskan kekeliruan ini satu kajian telah dibuat dengan menggunakan kaedah pemerhatian, data sekunder dan pengetahuan pengkaji sebagai penutur natif DMKS. Data dianalisis dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa hanya terdapat 17 fonem konsonan DMKS termasuklah segmen konsonan // dan // yang dianggap tidak berstatus fonem dalam bahasa Melayu baku. Dapatan ini telah mengetepikan segmen bunyi terbitan [w], [j] dan segmen bunyi kata pinjaman dalam inventori fonem konsonan DMKS yang dianggap sebagai fonem sebelum ini oleh sesetengah pengkaji.

Published
2013-06-03