Penguasaan Kosa Kata dan Kemampuan Membina Ayat Bahasa Thai
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kosa kata dan kemampuan membina ayat bahasa Thai oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Seramai 41 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kemahiran Bahasa Thai Tahap Satu telah dipilih sebagai sampel menggunakan teknik persampelan bertujuan. Alat kajian merupakan soalan Peperiksaan Akhir BBT (Bahagian III dan Bahagian IV). Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kesilapan. Hasil kajian mendapati pelajar dapat menguasai kosa kata dan mampu membina ayat bahasa Thai dengan menggunakan struktur tatabahasa yang betul. Selain itu, struktur bahasa pertama pelajar turut mempengaruhi pembelajaran bahasa Thai sebagai bahasa asing di Universiti Putra Malaysia.


