HUBUNGAN SEMANTIK PREPOSISI PENYERTAAN DENGAN BERSAMA KATA KERJA

  • MASLIDA YUSOF
  • KARIM HARUN
Keywords: Preposisi penyertaan, struktur logik, Klasifikasi semantik kata kerja, Kelas Aktionsart, Teori Role and Reference Grammar (RRG)

Abstract

Maslida (2006, 2007,2009) menunjukkan analisis preposisi boleh dikaitkan dengan unsur kata kerja. Perbincangan beliau tentang preposisi lokatif (di, dari dan ke), preposisi transisi (kepada dan daripada) dan preposisi bertujuan (untuk) menunjukkan kemunculan preposisi dalam klausa dapat diramalkan daripada jenis kata kerja yang hadir bersamanya. Berbeza dengan preposisi yang telah dibincangkan di atas (ke, dari, di, kepada, daripada dan untuk), preposisi dengan dianggap tidak mempunyai satu perwakilan struktur Logik (SL) yang dasar sebagaimana ditunjukkan oleh enam jenis preposisi tersebut. Penggunaannya dalam ‘penyertaan’ yang berbagai-bagai menyebabkan preposisi ini tidak dapat dikaitkan dengan posisi argumen dalam SL. Sehubungan dengan ini, makalah ini akan menunjukkan
subkategorisasi sintaksis kata kerja (iaitu kemunculan preposisi dengan) boleh berhubungan dengan SL kata kerja. Analisis kata kerja yang akan dihuraikan adalah berasaskan klasifikasi semantik kata kerja bahasa Melayu iaitu, kata kerja keadaan, aktiviti, penyempurnaan, pencapaian, aktif penyempurnaan dan versi kausatif untuk setiap kata kerja. Klasifikasi ini adalah berasaskan kelas Aktionsart dan representasi struktur logik yang dianjurkan oleh Van Valin (2005) dalam Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan -(Role and Reference Grammar). Berdasarkan contoh ayat daripada korpus, makalah ini juga akan memperlihatkan struktur logik bagi preposisi dengan dalam bahasa Melayu.

Published
2012-12-03